Sunday, May 15, 2016

Sukaneka PASTI Kinabatangan ada Kelainan

KINABATANGAN : Keinginan untuk berdikari dan memeriahkan tempat sendiri menjadikan pihak jawatankuasa PASTI Kinabatangan memilih untuk mengadakan sukaneka PASTI di Kinabatangan. Sebelum ini, kita memilih untuk bersama sama dengan PASTI Sandakan kerana kekangan kos, tenanga kerja dan juga tempat. Namun demikian, setelah kata sepakat dicapai bersama Jemaah Ibubapa dan Guru, kita berjaya ,penganjurkannya sendiri buat kali ke 3. Kali pertama dianjurkan pada tahun 2013, namun tahun 2014 kembali bersama PASTI Sandakan, tetapi tahun 2015 dan 2016, PASTI kinabatangan kembali dengan yakin dan terbukti ianya berjaya.

Program yang dirasmikan oleh Pengerusi PASTI Kinabatangan, Ust Zaidi Mustapha ini telah berjaya menghimpunkan hampir 300 orang pelajar, ibubapa, jawatankuasakerja dan orang perseorangan. Padang JKR Kinabatangan menjadi meriah dan berseri dengan pelbagai acara sukanneka yang melibatkan pelajar PASTI, acara ibubapa dan anak anak serta acara induvidu ibubapa. Acara dukung cinta dilihat sebagai suatu acara yang paling menarik dan mendapat penyertaan ramai ibubapa.

Jamuan turut dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah yang dibawa oleh ibubapa melalui pasukan rumah sukan masing-masing. Pasukan Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali menghidangkan makanan di khemah -khemah yang didirikan di kawasan masing masing. Sekalipun juadah dibawa oleh pasukan rumah sukan masing masing, akan tetapi para peserta dan tetamu bebas untuk makan di mana mana khemah yang mereka sukai. Di sinilah terserlahnya ukhwah dan berlapang dadanya warga PASTI kinabatangan.

Rumah Sukan Ali bin Abi Talib muncul johan keseluruhan dalam acara yang dipertandingankan, sekalipun disaingkann sengit oleh rumah sukan lain. Rumah sukan Abu Bakar As Sidiq yang menduduki carta tercorot dapat menebuskan kekalahan anak anak mereka setelah berjaya menang dengan bergaya dalam acara tarik tali.

Ust Abdul Aziz Baitu Makmur selaku pengarah program terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh semua jawatankuasa kerja, ibubapa, para penderma dan orang ramai. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan mengharapkan segala apa yang diberikan ini bakal menjadi pemacu kepada usaha PASTI bagi melahirkan bertaqwa melalui acuan Al Quran.






Tarik tali ayu


No comments:

Post a Comment