Friday, September 23, 2011

Majlis Hari Raya PASTI Kawasan Kinabatangan Buka Lembaran Baru


Bermula dengan PASTI Darul Ulum, PASTI Kinabatangan terus berkembang sehingga wujud tiga buah Pusat Asuhan Pra Sekolah [PASTI] bagi memberi pendidikan Pra Sekolah alternatif kepada masyarakat Kinabatangan.

Keberadaan PASTI Kinabatangan di tiga lokasi yang memerlukan Pendidikan Islam disambut baik oleh masyarakat sekalipun terpaksa membayar yuran bulanan dan kepayahan lagi demi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan sewajarnya.

Menghargai kesediaan dan pengorbanan ibubapa dan masyarakat, PASTI Kawasan Kinabatangan telah menganjurkan Majlis Hari Raya PASTI peringkat kawasan bertempat di PASTI Darul Ulum. Sambutan dari ibubapa, pemimpin masyarakat setempat amat memberangsangkan.

Selain hidangan Hari Raya, majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid, azan, bercerita, doa oleh pelajar PASTI dari ketiga-tiga PASTI. Duit Raya turut disampaikan oleh pemimpin masyarakat setempat kepada pelajar PASTI.

Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat turut menaruh keyakinan kepada pendidikan PASTI berupaya membentuk anak-anak menjadi insan yang bertaqwa seperti acuan Al-Quran kerana pelajar PASTI diseluruh negara telah membuktikan hasil didikan PASTI. Beliau menyeru seluruh anggota masyarakat menyokong dan berusaha mengembangkan pendidikan berteraskan Islam bagi menyelamatkan negara yang dilanda masalah sosial kini.

Turut hadir timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan Negeri Sembilan serta setiausaha akhbar Presiden PAS, Sdr Nasaie.

persembahan nasyid oleh Pelajar PASTI Darul Ulum
Nasaie, Mazlan dan Hj Razman tekun memerhati
Sebahagian pemimpin masyarakat setempat yang hadir
Ketua Cawangan Sentosa Jaya, En Sapari menyampaikan duit Raya
Hj Jalpah, tuan tanah turut diberi penghargaan menyampaikan duit raya untuk pelajar PASTI Darul Ulum
Bekas Calon Bebas DUN Sukau, Hj Ahdah turut menyampaikan sumbangan
Mazlan memberi perangsang kepada guru PASTI
ceria dan ramah sekalipun baru berkenalan
menjamu seadanya

Wajah ceria pelajar PASTI
antara guru PASTI yang menjadi tonggak PASTI Kinabatangan
pelbagai juadah disediakan
Cikgu Mustapa, Ketua Cabang PKR turut hadir
Sumandak penjaga tapau