PASTI ialah institusi pendidikan yang
ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.
Walaupun ia adalah pendidikan pra sekolah, PASTI tetap memainkan peranan yang
penting dalam memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI
cukup jelas iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh . Kurikulum
PASTI dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira,
menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.Kalimah Tauhid
Pendidikan sejak di
awal usia adalah penting, bagi memantapkan keimanan .Terdapat sesetengah ahli /
penyokong jemaah Islam yang mengambil sikap mudah , tidak peduli di mana
anaknya belajar , dengan siapa ia belajar kerana merasakan anaknya masih kecil.
Nanti apabila besar akan diasuh dengan pendidikan Islam. Bukankah kita diajar
mengazankan apabila seorang bayi dilahirkan ,supaya kalimah pertama yang
didengar ialah kalimah tauhid. Apakah maknanya ini semua, kalau bukan
pentingnya mendidik seawal usia.
Barangkali kita lupa
, Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa anak seumpama kain putih maka
ibubapanyalah yang mencorakkan samaada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Maka sepatutnya PASTI menjadi pilihan mandatori terhadap pendidikan pra sekolah
anak-anak kita.
Para ulama Islam
telah menggariskan tiga unsur penting dalam pendidikan. PASTI melengkapi tiga
unsur penting ini – manhaj, murabbi & waqi’
Manhaj - PASTI menetapkan Islam sebagai manhaj pendidikanya. Untuk mencapai matlamat pendidikan Islam iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh maka tiada pilihan lain selain daripada kurikulium Islam yang syumul. Tadika yang tidak mengambil manhaj Islam sebagai teras pendidikan tidak mampu membentuk anak yang beriman dan soleh kerana dasarnya bukan Islam. Mana mungkin sistem pendididkan yang lain daripada Islam akan membentuk peribadi Muslim yang beriman dan bertaqwa.
Murabbi - Hanya para pendiddik yang beriman dan beramal soleh akan melahirkan pelajar yang beriman dan beramal soleh. PASTI mempunyai guru –guru yang sememangnya sentiasa di bentuk melalui tarbiyyah jamaah seperti usrah , tamrin dan majlis-majlis ilmu bagi memantapkan ilmu, iman dan amal murabbi sendiri.. Di tangan merekalah, ( guru yang memahami islam yang syumul , aqidah yang benar ) anak -anak kita diasuh . Guru yang tidak memahami Islam tidak dapat menjadikan anak- anak kita sebagai orang yang bertaqwa. Maka di atas alasan apakah kita menghantar anak-anak kita kepada mereka yang jahil hakikat tasawur Islam bahkan menentang perjuangan Islam.

ProfesionalismaKesungguhan dan keikhlasan guru PASTI dalam
mendidik menjadi satu aset yang besar kepada jemaah. Kecintaan mereka kepada
perjuangan Islam sepatutnya sudah cukup bagi kita untuk menghantar anak-anak ke
PASTI. Sungguh menghairankan , kita bersungguh –sungguh berjuang untuk
menegakkan Islam tetapi pada masa yang sama membiarkan anak-anak kita dibentuk
oleh orang lain , bahkan diajar oleh guru-guru yang menentang hukum Allah dan
Rasul. Di mana rasional kita?
PASTI sentiasa
mengadakan kursus –kursus profesionalisma perguruan bagi meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran. Cabaran pendidikan yang sentiasa berubah dan
mencabar, didepani oleh PASTI dengan sewajarnya.
Iltizam
Iltizam
Masyarakat hari ini
menghadapi cabaran kebendaan yang hebat. Setiap hari media massa menonjolkan
gaya hidup yang lavish ( mewah ). Pemikiran umat Islam sentiasa diasak dengan
kemajuan pembangunan kebendaan .Lantaran itu mungkin ada sebahagian daripada
kita lebih mementingkan RM 300.00 setahun daripada pendidikan Islam anak-anak
kita. Ada sesetengah orang sanggup meninggalkan masjid dan surau yang selama
ini hatinya tertambat , kerana diugut tidak akan diberi wang ihsan . Ada pula
yang sanggup menjadi jahil sepanjang tahun dengan meninggalkan majlis-majlis
ilmu yang selama ini ia menjadi murid setia. Kalaulah ini berlaku, di manakah
nilai iman kita . Apa yang akan kita jawab dan persembahkan di hadapan Allah di
akhirat nanti?
Kita mesti
menyatakan iltizam kepada jamaah melalui tindakan . Setiap program yang disusun
oleh jemaah semestinya didukung dengan penuh rasa tanggungjawab. Rasa kecintaan
kepada kepada jamaah dan institusi milik jemaah ( masjid, surau, markaz , kelas
pengajian, PASTI dll ) mestilah sentiasa disuburkan supaya terus segar. Kita
perlu menanam keyakinan bahawa jamaah adalah milik kita.
No comments:
Post a Comment