Tuesday, September 7, 2010

Forum Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa

PASTI Kawasan Kinabatangan tidak pernah sunyi daripada aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan sesuai dengan nama PASTI sulungnya, Darul Ulum. Pengisian rohani dan jasmani sentiasa dihidangkan, baik oleh guru tempatan ataupun dari luar. Apa lagi bila tibanya hari- hari penting Islam.Kesempatan Ramadhan kali ini juga PASTI tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis ilmu dan iftar jamaie.

[gambar] Ucapan pengarah program, en Raja Hasyim

Forum Ramadhan kali ini mempunyai sedikit kelainan apabila berjaya menampilkan paneli pasangan suami isteri dan panel muslimat buat pertama kali. sebelum ini agak payah untuk mengerah tenaga muslimat untuk berucap dan memberi pengisian kerohanian.

Langkah ini diharapkan membina tenaga muslimat untuk bersama-sama turun ke medan dahwah. Keupayaan mereka mengulas persoalan yang dikemukakan pengerusi tidak dapat disangkal lagi.

Forum yang bertajuk " Ramadhan:Peluang Mengangkat Ummah" mendapat sambutan yang agak baik daripada pendengar .

Sementara itu, untuk jamuan iftar jamaie, banyak makanan disediakan oleh para peserta dan beraneka jenis makanan . Syukurlah kedatangan tetamu kali ini juga agak ramai dan meriah.

Selain daripada PASTI Darul Ulum, PASTI Darul Hikmah Sentosa Jaya turut mengadakan Majlis berbuka Puasa yang menghimpunkan keluarga pelajar PASTI dan jawatankuasa PASTI Kinabatangan
Pengerusi Forum sedang memperkenalkan angkatan ahli panel
Ustazah Maznah menerima cenderahati daripada Ust Noriman Fauzi
Doa berbuka oleh Ust Amran
sedap juga makan ramai-ramai begini
Muslimat dan anak-anak mereka
Macam tak cukup je itu.. ,toleh kebelakang tanya penganjur
Lepas solat maghrib, baru makan berat sikit
Tambah mana yang kurang itu...inudd..tinudd

Tuesday, August 24, 2010

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman" (An-Nur:2, al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIR
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat'ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas'ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:
"Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam"
Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:
"Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tangannya"
Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:
"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".
Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?Sepintas lalu, Ulama' menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD
Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
HIKMAH MANDI WAJIB
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu'( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan.
Sumber : MANHAL PMRAM dan Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Monday, August 9, 2010

Dapatkan Jadual Berbuka Puasa PASTI

Dalam usaha mempromosi PASTI untuk pendaftaran tahun 2010, pihak kami mengedarkan Jadual berbuka puasa untuk muslimin dan muslimat. Sila dapatkan, fotostat dan edarlah untuk kebaikan bersama.

Friday, April 9, 2010

Sukaneka PASTI Zon Sandakan Ke 10 Gamit Kemeriahan

SANDAKAN : Setelah sekian lama, padang majlis Bandaran Sandakan menjadi medan anak-anak PASTI Zon Sandakan menampilkan bakat dan keupayaan mereka dalam bidang sukan, kini Komplek Sukan Sandakan menjadikan sukaneka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kompleks Sukan Sandakan dipenuhi dengan pelajar PASTI, ibubapa dan para penjual yang menyertai dan menyaksikan sukaneka PASTI yang melibatkan 13 buah PASTI dari Sandakan dan Kinabatangan. Berbagai acara telah diatur oleh pihak penganjur yang melibatkan penyertaan pelajar PASTI, ibubapa dan orang ramai. 7 tahun ke atas disediakan pertandingan melukis dan mewarna, manakala untuk golongan dewasa pula mereka dilibatkan dalam pertandingan menganyam ketupat, menendang bola menggunakan tumit, menimbang takraw dan pertandingan tarik tali.

Pertandingan tarik tali dewasa telah dimenangi oleh pasukan ibubapa PASTI Darul Ulum, Kinabatangan manakala pelajar PASTI Darul Ulum muncul naib johan pertandingan tarik tali setelah tewas kepada PASTI Saidina Osman.Tuan Hj Hamzah Abdullah, Timbalan pesuruhjaya PAS Sabah ketika merasmikan sukaneka PASTI Sandakan ke 10 mengucapkan terima kasih atas sokongan ibubapa yang sanggup hadir atas usaha sendiri untuk menjayakan sukaneka PASTI kali ini.

Menurut beliau lagi, sukaneka dan PASTI itu sendiri telah berjaya menyatukan pelajar dan ibubapa sekalipun berbeza latar belakang, sosial ekonomi, politik dan sebagainya.

" Program sukan yang mengutamakan budaya Islam patut diterapkan sejak rebun(kanak-kanak pra sekolah) lagi bagi membuktikan Islam agama yang lengkap dan menyeluruh. Penekanan dan pembudayaan diharapkan akan terbawa-bawa hingga ke sekolah rendah ".

Sementara itu sdr Haris Bahar selaku Pengarah Program mengharapkan sukeneka ini akan dapat mengukuhkan ukhwwah dan jalinan saliturrahim yang erat antara seluruh warga PASTI. Program ini juga diharapkan dapat dimunafaatkan demi menjana kualiti diri anak-anak PASTI.
perarakan kontigen-kontigen PASTI-PASTI Sandakan
Warna hijau Tunas pelapis pejuang
selesai pembarisan dan tabik hormat
sebahagian daripada penonton dan ibubapa
sedikit kalut bila hujan turut mengiringi kemeriahan
mempersiapkan pasukan memburu juara
Sebahagian daripada kontigen KinabatanganMenjaringkan Gol menggunakan tumit, 39 orang peserta, hanya 4 orang yang berjaya

Acara membawa bola ping pong dalam sudu
wakil juara tarik tali

Monday, February 1, 2010

Baju Rasmi Pasti

Baju Rasmi Pasti




Kota Kinabalu, 30 januari, Tahun 2011 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan menggunakan baju baru yang seragam seluruh negara kata Pengarah Pasti Negeri Sabah Ust. Anuar Ali.

Para pelajar Pasti adalah dimestikan menggunakan baju ini bermula tahun 2011.

Menurut beliau para ibubapa boleh menempah baju baru ini melalui Pasti masing-masing, manakala harganya adalah berpatuatn sekitar RM30 sepasang termasuk tudung untuk perempuan dan kopiah untuk lelaki dalam 3 saiz iaitu S,M dan L.

Bagi Pasti Kawasan dan cawangan boleh berhubung terus dengan Bendahari Pasti Negeri Sabah Sdr. Iskanadar di talian 0138987033 untuk tempahan.

Monday, November 16, 2009

Renungan

Sebelum mata terlelap di malam hari, masih adakah hutang kita yang belum terbayar?
Sebelum mata terlelap di malam hari, masih adakah budi manusia kepada kita yang belum dibalas?
Sebelum mata terlelap di malam hari, sudahkah kita memohon kemaafan daripada mereka yang kita sakiti hatinya?
Sebelum mata terlelap di malam hari, sudah bereskah tanggungjawab kita terhadap Tuhan?
Sebelum mata terlelap di malam hari, berapa kalikah kita berbuat kebaikkan hari ini?
Sebelum mata terlelap di malam hari, sudahkah kita memohon keampunan kepada Tuhan di atas segala keterlanjuran?

Adalah ganjil buat mereka yang dapat tidur lena, sedangkan masih banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang belum beres, kerana ingatlah dengan penuh keinsafan, mungkin itulah kali terakhir kita menutup mata di dunia ini...

Sunday, November 8, 2009

Mesyuarat : Satu cetusan pandangan


Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Dua kepala lebih baik daripada satu. Dengan mesyuarat, suatu idea itu dapat diperhalusi, dikaji burukbaiknya, kesesuaiannya dipertimbangkan, diletakkan menurut tempatnya, dimanfaatkan sepenuhnya.

Terdapat beribu persoalan yang timbul di dunia ini dapat diatasi dengan mesyuarat yang selama lima minit, sekiranya dijalankan dengan berkesan menurut tertibnya.

Firman Tuhan yang mafhumnya: Dan suruhlah mereka mengadakan mesyuarat di kalangan mereka, dan sekiranya sudah mereka putuskan sesuatu maka bertawakkallah kepada Allah.


Perintah mengadakan mesyuarat ada dalam Al-Quran. Cara pelaksanaannya dibiarkan kita menentukan menurut kesesuaian kita. Dalam kita bermesyuarat, mungkin akan timbul perselisihan pendapat. Maka janganlah dirunsing kerana selalunya ia timbul dari jiwa-jiwa yang merdeka, yang masing-masing mahu mencari yang terbaik buat ahli mesyuarat.

Sekiranya suatu perkara itu sudah diputuskan, hendaklah kita menghormatinya, walaupun ianya berlawanan dengan hati kita, kerana kepentingan umum itu diutamakan daripada kepuasan peribadi.