Kota Kinabalu, 30 januari, Tahun 2011 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan menggunakan baju baru yang seragam seluruh negara kata Pengarah Pasti Negeri Sabah Ust. Anuar Ali.
Para pelajar Pasti adalah dimestikan menggunakan baju ini bermula tahun 2011.
Menurut beliau para ibubapa boleh menempah baju baru ini melalui Pasti masing-masing, manakala harganya adalah berpatuatn sekitar RM30 sepasang termasuk tudung untuk perempuan dan kopiah untuk lelaki dalam 3 saiz iaitu S,M dan L.
Bagi Pasti Kawasan dan cawangan boleh berhubung terus dengan Bendahari Pasti Negeri Sabah Sdr. Iskanadar di talian 0138987033 untuk tempahan.
Sebelum mata terlelap di malam hari, masih adakah hutang kita yang belum terbayar? Sebelum mata terlelap di malam hari, masih adakah budi manusia kepada kita yang belum dibalas? Sebelum mata terlelap di malam hari, sudahkah kita memohon kemaafan daripada mereka yang kita sakiti hatinya? Sebelum mata terlelap di malam hari, sudah bereskah tanggungjawab kita terhadap Tuhan? Sebelum mata terlelap di malam hari, berapa kalikah kita berbuat kebaikkan hari ini? Sebelum mata terlelap di malam hari, sudahkah kita memohon keampunan kepada Tuhan di atas segala keterlanjuran?
Adalah ganjil buat mereka yang dapat tidur lena, sedangkan masih banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang belum beres, kerana ingatlah dengan penuh keinsafan, mungkin itulah kali terakhir kita menutup mata di dunia ini...
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Dua kepala lebih baik daripada satu. Dengan mesyuarat, suatu idea itu dapat diperhalusi, dikaji burukbaiknya, kesesuaiannya dipertimbangkan, diletakkan menurut tempatnya, dimanfaatkan sepenuhnya.
Terdapat beribu persoalan yang timbul di dunia ini dapat diatasi dengan mesyuarat yang selama lima minit, sekiranya dijalankan dengan berkesan menurut tertibnya.
Firman Tuhan yang mafhumnya: Dan suruhlah mereka mengadakan mesyuarat di kalangan mereka, dan sekiranya sudah mereka putuskan sesuatu maka bertawakkallah kepada Allah.
Perintah mengadakan mesyuarat ada dalam Al-Quran. Cara pelaksanaannya dibiarkan kita menentukan menurut kesesuaian kita. Dalam kita bermesyuarat, mungkin akan timbul perselisihan pendapat. Maka janganlah dirunsing kerana selalunya ia timbul dari jiwa-jiwa yang merdeka, yang masing-masing mahu mencari yang terbaik buat ahli mesyuarat.
Sekiranya suatu perkara itu sudah diputuskan, hendaklah kita menghormatinya, walaupun ianya berlawanan dengan hati kita, kerana kepentingan umum itu diutamakan daripada kepuasan peribadi.
Orang yang pengetahuannya baru sedikit, kerapkali menyangka dirinya telah mengetahui semua. Tetapi orang yang luas pandangannya dan mendalam ilmunya, tidaklah berani lagi mengatakan bahawa dia tahu segala-galanya; bahkan dia lebih suka berkata: " banyak yang belum saya ketahui." (Prof. Hamka)
Sungguh aneh! Kita mampu meluangkan masa beberapa minit membaca berita surat khabar yang belum tentu kebenarannya, namun tidak mampu meluangkan sedikit masa membaca Al-Quran Kalamullah yang hak...
KINABATANGAN: Buat pertama kalinya, Majlis Sambutan Hari Raya PASTI Kawasan Kinabatangan dimeriahkan oleh artis ternama. Pada 22 Oktober lalu, bekas Vokalis Kumpulan Nasyid Raihan, Nazri Johani telah menjadi tetamu istimewa PASTI Kawasan Kinabatangan dan turut menghiburkan tetamu Majlis Hari Raya tersebut yang bertempat di PASTI Darul Ulum. Seramai 200 tetamu telah memenuhi dalam dan luar PASTI Darul Ulum.
Majlis ini disambut diatas semangat gotong royong antara warga PASTI Kinabatangan dan juga para ibubapa. Pihak ibubapa membawa hidangan juadah mengikut kegemaran bangsa/ suku mereka. Campuran penduduk yang terdiri dari kalangan orang Sungai, Bugis, Suluk, Bajau dan Melayu Semenanjung ini menyebabkan wujudnya kepelbagaian jenis makanan.
Majlis dimulakan dengan ucapan pengurus PASTI Kawasan, Ust Zaidi Mustapha yang mempromosi pendidikan PASTI dan menekankan tentang peripentingnya pendidikan Islam sebagai pendidikan awal kanak-kanak. Beliau juga mengharapkan para ibubapa dan tetamu yang hadir dapat menyebarluaskan keupayaan dan keberkesanan pendidikan PASTI dalam usaha membina dan membentuk generasi Al-Quran yang juga disebut sebagai generasi yang unik oleh Syed Qutb dalam bukunya " Petunjuk Sepanjang jalan".
Nazri yang diberi ruang yang luas oleh pihak penganjur telah mempromosikan Maahad Tahfiz yang dalam rangka pembinaan telah mengselangselikan ucapan dan lagu-lagu nasyid daripada albumnya yang lalu dan yang baru.
Persiapan untuk memasak Vs Persiapan tempat Ucapan dan nyanyian
penuh sopan peminat Nasyid di dalam dewan Suasana jamuan
Tidak cukup ruang.... duduklah mana yang patut
Makan itu teruskan...... nak bergambar senyumlah itu...........
Buras, mee kicap adalah menu tetap... sodap bah itu..........
Ust Wan Solehuddin dan Ust hamdani bersama Ust Nazree
Osama Laden dan Ust Asrul antara peminta tegal Ust Nazree Iek nah......Sumandak-sumandak Kinabatangan tetap menjadi peminat Ust Nazree anak dan guru PASTI join juga bah....... Bukan Selalu juga dapat jumpa artis ni. bergambarlah kami Mau balik sudah kami ini...... masih boleh tapau lagi..
PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam. Walaupun ia adalah pendidikan pra sekolah, PASTI tetap memainkan peranan yang penting dalam memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI cukup jelas iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh . Kurikulum PASTI dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.Kalimah Tauhid
Pendidikan sejak di awal usia adalah penting, bagi memantapkan keimanan .Terdapat sesetengah ahli / penyokong jemaah Islam yang mengambil sikap mudah , tidak peduli di mana anaknya belajar , dengan siapa ia belajar kerana merasakan anaknya masih kecil. Nanti apabila besar akan diasuh dengan pendidikan Islam. Bukankah kita diajar mengazankan apabila seorang bayi dilahirkan ,supaya kalimah pertama yang didengar ialah kalimah tauhid. Apakah maknanya ini semua, kalau bukan pentingnya mendidik seawal usia.
Barangkali kita lupa , Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa anak seumpama kain putih maka ibubapanyalah yang mencorakkan samaada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Maka sepatutnya PASTI menjadi pilihan mandatori terhadap pendidikan pra sekolah anak-anak kita.
Para ulama Islam telah menggariskan tiga unsur penting dalam pendidikan. PASTI melengkapi tiga unsur penting ini – manhaj, murabbi & waqi’
Manhaj - PASTI menetapkan Islam sebagai manhaj pendidikanya. Untuk mencapai matlamat pendidikan Islam iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh maka tiada pilihan lain selain daripada kurikulium Islam yang syumul. Tadika yang tidak mengambil manhaj Islam sebagai teras pendidikan tidak mampu membentuk anak yang beriman dan soleh kerana dasarnya bukan Islam. Mana mungkin sistem pendididkan yang lain daripada Islam akan membentuk peribadi Muslim yang beriman dan bertaqwa.
Murabbi - Hanya para pendiddik yang beriman dan beramal soleh akan melahirkan pelajar yang beriman dan beramal soleh. PASTI mempunyai guru –guru yang sememangnya sentiasa di bentuk melalui tarbiyyah jamaah seperti usrah , tamrin dan majlis-majlis ilmu bagi memantapkan ilmu, iman dan amal murabbi sendiri.. Di tangan merekalah, ( guru yang memahami islam yang syumul , aqidah yang benar ) anak -anak kita diasuh . Guru yang tidak memahami Islam tidak dapat menjadikan anak- anak kita sebagai orang yang bertaqwa. Maka di atas alasan apakah kita menghantar anak-anak kita kepada mereka yang jahil hakikat tasawur Islam bahkan menentang perjuangan Islam.
ProfesionalismaKesungguhan dan keikhlasan guru PASTI dalam mendidik menjadi satu aset yang besar kepada jemaah. Kecintaan mereka kepada perjuangan Islam sepatutnya sudah cukup bagi kita untuk menghantar anak-anak ke PASTI. Sungguh menghairankan , kita bersungguh –sungguh berjuang untuk menegakkan Islam tetapi pada masa yang sama membiarkan anak-anak kita dibentuk oleh orang lain , bahkan diajar oleh guru-guru yang menentang hukum Allah dan Rasul. Di mana rasional kita?
PASTI sentiasa mengadakan kursus –kursus profesionalisma perguruan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Cabaran pendidikan yang sentiasa berubah dan mencabar, didepani oleh PASTI dengan sewajarnya.
Iltizam
Masyarakat hari ini menghadapi cabaran kebendaan yang hebat. Setiap hari media massa menonjolkan gaya hidup yang lavish ( mewah ). Pemikiran umat Islam sentiasa diasak dengan kemajuan pembangunan kebendaan .Lantaran itu mungkin ada sebahagian daripada kita lebih mementingkan RM 300.00 setahun daripada pendiddikan Islam anak-anak kita. Ada sesetengah orang sanggup meninggalkan masjid dan surau yang selama ini hatinya tertambat , kerana diugut tidak akan diberi wang ihsan . Ada pula yang sanggup menjadi jahil sepanjang tahun dengan meninggalkan majlis-majlis ilmu yang selama ini ia menjadi murid setia. Kalaulah ini berlaku, di manakah nilai iman kita . Apa yang akan kita jawab dan persembahkan di hadapan Allah di akhirat nanti?
Kita mesti menyatakan iltizam kepada jamaah melalui tindakan . Setiap program yang disusun oleh jemaah semestinya didukung dengan penuh rasa tanggungjawab. Rasa kecintaan kepada kepada jamaah dan institusi milik jemaah ( masjid, surau, markaz , kelas pengajian, PASTI dll ) mestilah sentiasa disuburkan supaya terus segar. Kita perlu menanam keyakinan bahawa jamaah adalah milik kita.
Misi & Visi
VISI
Melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting
MISI
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.
OBJEKTIF
1.Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
2.Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
3.Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderong melakukan makruf serta meninggalkan mungkar.
4.Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
5.Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.
1. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon kebaikan untuk ahli keluarganya dan dirinya.
2. Memberi tauladan yang baik buat anak-anak dalam setiap perkataan mahupun perbuatan; dengan begitu anak-anak mudah mengikutinya.
3. Sesekali bergurau senda. Dengan yang kecil berlemah lembut, manakala anak yang besar diperlaku sebagai teman.
4. Menjaga keluarga dengan cara mengajak mereka menurut seruan Allah dan meninggalkan laranganNya.
4. Tidak meninggalkan rumah kecuali kerana urusan penting, dan sentiasa memperuntukkan masa buat berbincang bersama ahli keluarga.
5. Menjaga keluarga dan persekitaran rumah daripada segala bentuk bahan yang melalaikan dan menjatuhkan maruah keluarga.
6. Mengawasi akidah, akhlak dan perilaku anak-anak di rumah, sekolah dan masyarakat dengan cara melihat siapakah yang menjadi kawan mereka.
7. Mengambilkira umur anak-anak sebelum suatu arahan hendak diberikan kepada mereka agar cara yang digunakan sesuai dan berkesan.
8. Menghindari keluarga daripada gaya hidup yang bermewah-mewah dan glamour kerana ianya mendekatkan keluarga kepada jurang kemaksiatan.
9. Menuntun anak-anak sejak daripada mereka kecil lagi agar menghafal Al-Quran; tidak meniru perilaku orang kafir; dan tidak berhias dengan hiasan untuk jantina yang berlawanan.
Sumber: Rahsia Tokoh Yang Berjaya oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni (dengan suntingan).