Thursday, January 5, 2017

Warna Warni Pendaftaran PASTI Kawasan Kinabatangan

Alhamdulillah, kita sudah masuk ke tahun baru dengan pertambahan bilangan PASTI Kinabatangan dan pertambahan pelajar. Untuk tahun ini, PASTI kinabatangan melangkah gagah dengan membuka sebuah PASTI Al-Huffaz di kampung Paris 3, di Tapak Tamu Paris 3 dan membuka kelas mini Tahfiz di PASTI Darul Ulum..semoga usaha murni ini berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada masyarakat..

Suasana transisi di PASTI Darul Ulum, Batu 9


Sementara itu, PASTI Darul Anuar, Batu 4, suka kembali beroperasi setelah setahun ditutup kerana kekurangan guru

Sunday, May 15, 2016

Sukaneka PASTI Kinabatangan ada Kelainan

KINABATANGAN : Keinginan untuk berdikari dan memeriahkan tempat sendiri menjadikan pihak jawatankuasa PASTI Kinabatangan memilih untuk mengadakan sukaneka PASTI di Kinabatangan. Sebelum ini, kita memilih untuk bersama sama dengan PASTI Sandakan kerana kekangan kos, tenanga kerja dan juga tempat. Namun demikian, setelah kata sepakat dicapai bersama Jemaah Ibubapa dan Guru, kita berjaya ,penganjurkannya sendiri buat kali ke 3. Kali pertama dianjurkan pada tahun 2013, namun tahun 2014 kembali bersama PASTI Sandakan, tetapi tahun 2015 dan 2016, PASTI kinabatangan kembali dengan yakin dan terbukti ianya berjaya.

Program yang dirasmikan oleh Pengerusi PASTI Kinabatangan, Ust Zaidi Mustapha ini telah berjaya menghimpunkan hampir 300 orang pelajar, ibubapa, jawatankuasakerja dan orang perseorangan. Padang JKR Kinabatangan menjadi meriah dan berseri dengan pelbagai acara sukanneka yang melibatkan pelajar PASTI, acara ibubapa dan anak anak serta acara induvidu ibubapa. Acara dukung cinta dilihat sebagai suatu acara yang paling menarik dan mendapat penyertaan ramai ibubapa.

Jamuan turut dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah yang dibawa oleh ibubapa melalui pasukan rumah sukan masing-masing. Pasukan Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali menghidangkan makanan di khemah -khemah yang didirikan di kawasan masing masing. Sekalipun juadah dibawa oleh pasukan rumah sukan masing masing, akan tetapi para peserta dan tetamu bebas untuk makan di mana mana khemah yang mereka sukai. Di sinilah terserlahnya ukhwah dan berlapang dadanya warga PASTI kinabatangan.

Rumah Sukan Ali bin Abi Talib muncul johan keseluruhan dalam acara yang dipertandingankan, sekalipun disaingkann sengit oleh rumah sukan lain. Rumah sukan Abu Bakar As Sidiq yang menduduki carta tercorot dapat menebuskan kekalahan anak anak mereka setelah berjaya menang dengan bergaya dalam acara tarik tali.

Ust Abdul Aziz Baitu Makmur selaku pengarah program terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh semua jawatankuasa kerja, ibubapa, para penderma dan orang ramai. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan mengharapkan segala apa yang diberikan ini bakal menjadi pemacu kepada usaha PASTI bagi melahirkan bertaqwa melalui acuan Al Quran.






Tarik tali ayu


Sunday, December 29, 2013

Misi, Visi dan Objektif PASTI

VISI

Melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting

MISI
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.

OBJEKTIF
1.      Menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
2.      Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
3.      Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderong melakukan makruf serta meninggalkan mungkar.
4.      Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.

5.      Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

PASTI: Dibina Atas Dasar Sayangkan Masa Depan Ummah

PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam. Walaupun ia adalah pendidikan pra sekolah, PASTI tetap memainkan peranan yang penting dalam memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. Visi PASTI cukup jelas iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh . Kurikulum PASTI dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan ilmu yang dipelajari.Kalimah Tauhid
Pendidikan sejak di awal usia adalah penting, bagi memantapkan keimanan .Terdapat sesetengah ahli / penyokong jemaah Islam yang mengambil sikap mudah , tidak peduli di mana anaknya belajar , dengan siapa ia belajar kerana merasakan anaknya masih kecil. Nanti apabila besar akan diasuh dengan pendidikan Islam. Bukankah kita diajar mengazankan apabila seorang bayi dilahirkan ,supaya kalimah pertama yang didengar ialah kalimah tauhid. Apakah maknanya ini semua, kalau bukan pentingnya mendidik seawal usia.

Barangkali kita lupa , Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa anak seumpama kain putih maka ibubapanyalah yang mencorakkan samaada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Maka sepatutnya PASTI menjadi pilihan mandatori terhadap pendidikan pra sekolah anak-anak kita.

Para ulama Islam telah menggariskan tiga unsur penting dalam pendidikan. PASTI melengkapi tiga unsur penting ini – manhaj, murabbi & waqi’

Manhaj
- PASTI menetapkan Islam sebagai manhaj pendidikanya. Untuk mencapai matlamat pendidikan Islam iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh maka tiada pilihan lain selain daripada kurikulium Islam yang syumul. Tadika yang tidak mengambil manhaj Islam sebagai teras pendidikan tidak mampu membentuk anak yang beriman dan soleh kerana dasarnya bukan Islam. Mana mungkin sistem pendididkan yang lain daripada Islam akan membentuk peribadi Muslim yang beriman dan bertaqwa.

Murabbi
- Hanya para pendiddik yang beriman dan beramal soleh akan melahirkan pelajar yang beriman dan beramal soleh. PASTI mempunyai guru –guru yang sememangnya sentiasa di bentuk melalui tarbiyyah jamaah seperti usrah , tamrin dan majlis-majlis ilmu bagi memantapkan ilmu, iman dan amal murabbi sendiri.. Di tangan merekalah, ( guru yang memahami islam yang syumul , aqidah yang benar ) anak -anak kita diasuh . Guru yang tidak memahami Islam tidak dapat menjadikan anak- anak kita sebagai orang yang bertaqwa. Maka di atas alasan apakah kita menghantar anak-anak kita kepada mereka yang jahil hakikat tasawur Islam bahkan menentang perjuangan Islam.

ProfesionalismaKesungguhan dan keikhlasan guru PASTI dalam mendidik menjadi satu aset yang besar kepada jemaah. Kecintaan mereka kepada perjuangan Islam sepatutnya sudah cukup bagi kita untuk menghantar anak-anak ke PASTI. Sungguh menghairankan , kita bersungguh –sungguh berjuang untuk menegakkan Islam tetapi pada masa yang sama membiarkan anak-anak kita dibentuk oleh orang lain , bahkan diajar oleh guru-guru yang menentang hukum Allah dan Rasul. Di mana rasional kita?
PASTI sentiasa mengadakan kursus –kursus profesionalisma perguruan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Cabaran pendidikan yang sentiasa berubah dan mencabar, didepani oleh PASTI dengan sewajarnya.

Iltizam
Masyarakat hari ini menghadapi cabaran kebendaan yang hebat. Setiap hari media massa menonjolkan gaya hidup yang lavish ( mewah ). Pemikiran umat Islam sentiasa diasak dengan kemajuan pembangunan kebendaan .Lantaran itu mungkin ada sebahagian daripada kita lebih mementingkan RM 300.00 setahun daripada pendidikan Islam anak-anak kita. Ada sesetengah orang sanggup meninggalkan masjid dan surau yang selama ini hatinya tertambat , kerana diugut tidak akan diberi wang ihsan . Ada pula yang sanggup menjadi jahil sepanjang tahun dengan meninggalkan majlis-majlis ilmu yang selama ini ia menjadi murid setia. Kalaulah ini berlaku, di manakah nilai iman kita . Apa yang akan kita jawab dan persembahkan di hadapan Allah di akhirat nanti?


Kita mesti menyatakan iltizam kepada jamaah melalui tindakan . Setiap program yang disusun oleh jemaah semestinya didukung dengan penuh rasa tanggungjawab. Rasa kecintaan kepada kepada jamaah dan institusi milik jemaah ( masjid, surau, markaz , kelas pengajian, PASTI dll ) mestilah sentiasa disuburkan supaya terus segar. Kita perlu menanam keyakinan bahawa jamaah adalah milik kita.

Friday, October 5, 2012

Tapak PASTI Baru Kinabatangan

Melihat kepada perlunya pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As-sunnah, PASTI Kawasan Kinabatangan mengorak langkah selangkah ke depan untuk melebarkan sayap pendidikan Pra sekolah yang berteraskan Al Quran Assunah di Kg menggaris, Batu Puteh.

Kesediaan tuan rumah , En Asrah Amit mewakafkan tingkat bawah rumahnya yang sudah disiapkan lebih separuh yang pada asalnya untuk untuk kegunaan sendiri.Namun setelah menyelami tentang tanggungjawab dakwah yang di dokong PAS melalui wadah PASTI, beliau dengan senang hati menyerahkan tingkat yang telah diubah itu untuk PASTI. Pihak PASTI kawasan hanya bersedia menerima separuh sahaja daripada ruang tersebut untuk dijadikan PASTI.

Keluasan yang dianggarkan 20x40 itu dikira cukup untuk 2 bilik dan satu ruang belajar. manakala tandas akan ditambah oleh pihak PASTI bagi kegunaan pelajar dan guru. Di bawah ini kami paparkan gambar-gambar untuk perhatian para penyumbang dan pencinta dakwah dan kebenaran.
Ruang Tamu(dekat kayu belian)  yang akan menggunakan playwood untuk memisahkan dengan rumah pemiliknya
Dua bilik untuk kelas dan bilik guru. Bilik guru yang hujung dan ditembuskan ke tandas

Buat sementara waktu, bilik ini digunakan tuan rumah untuk menyimpan barang-barangnya
gambar dari sudut tepi rumah
Gambaran dari depan rumah. Bawah yang berbata adalah kawasan PASTI

PASTI Kawasan Kinabatangan bakal membuka PASTI yang ke 4 di Kg Menggaris Batu Putih di rumah Sdr Asrah yang telah dibuat separuh daripadanya. PASTI mengambil sebahagian bawah rumahnya dan menambah sebuah tandas di luar rumah

Justeru itu, PASTI Kawasan Kinabatangan membuka peluang kepada semua untuk membeli dan wakaf keperluan tersebut supaya PASTI dapat disiapkan pada akhir November tahun ini dan dapat beroperasi pada awal tahun 2013.

Kepada sesiapa yang bersedia untuk menyumbang, sila berhubung dengan Pengerusi PASTI Kawasan, Ust Zaidi Mustapa (019-5850151) atau Ketua Cawangan Batu Puteh  Sdr Roslan Hj Jukrana (019-8722104) atau terus kepada cikgu Rohana...

Keperluan Sumbangan PASTI Darul Zakaria
Bil
Keperluan
Jumlah
Nilai seunit
Catatan

PERINGKAT PERTAMA
1
Pintu
4
200

2
Pintu Tandas
1
100

3
Frim pintu
5
50

4
Kunci pintu
5
30

5
Playwood
7
30

6
Simen
50
25

7
Pasir
1
300

8
batu



9
Bata
500
300

10
Playwood syiling & dinding
30
20

11
Kayu syiling 2x2
30
10

12
Kayu dinding  2x 4
20
15

13
Upah Wayering

500

14
lampu
6
25

15
Kipas
4
150

16
Cat
2
150

17
Tiang pagar



18
Dawai Gulung
8
100

19
Tikar Getah
2
200

20
Singboard
1
150







PERINGKAT KEDUA (Keperluan untuk P & P)
1
Meja guru
1


2
Kerusi Guru
1


3
Whiteboard
3


4
Kerusi Pelajar



5
Meja pelajar



6




7




8